Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Karim menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jawapan terhadap rancangan pengambilalihan Malaysian Airports Berhad (MAHB) oleh sebuah consortium yang didakwa ada kaitan dengan Zionis. Dikenali lantang termasuk terhadap partinya sendiri, Hassan berkata Anwar perlu menjawab dakwaan aktivis Hishamuddin Rais yang dahulu pernah menjadi sekutunya. "Hishamudin seorang aktivis politik dan aktivis-aktivis lain dari Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) semuanya berniat baik apabila membangkitkan isu ini. "Mereka semua patriotik. Mereka hanya minta kera...
Malaysiakini (Malay)
Polis sedang mengesan pihak di sebalik pendedahan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian simbah asid dipercayai melibatkan pemain Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya yang berlaku pada 5 Mei lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya mengesan satu video berdurasi 56 saat yang tular di media sosial hari ini dengan video itu merupakan bahan bukti yang masih dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. Beliau berkata pendedahan bahan bukti kes yang masih dalam siasatan merupakan satu kesalahan...
Malaysiakini (Malay)
Dalam nada sinis, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata Selangor FC kini boleh menyalahkan dirinya atau satu lagi "konspirasi besar" susulan serangan terhadap pemain Red Giant itu. Tunku Ismail, yang juga pemilik Johor Darul Takzim FC, mendakwa ini adalah satu-satunya cara untuk Selangor FC menutup "kegagalan” mereka dan bukan mengakui kegagalan sendiri. "Confirm ni semua kerja TMJ dengan JDT. Mastermind dan tangan ghaib. Next apa pulak Dr (CEO Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon)? "Cara terbaik nak tutup kegagalan selepas belanja RM47 juta duit kerajaan/rakyat setiap tahun ...
Malaysiakini (Malay)
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dirinya bersih daripada rasuah walaupun amalan itu berlaku semasa di memegang jawatan itu. Bercakap kepada CNBC, ahli politik berusia 98 tahun itu berkata dia juga memastikan ahli keluarganya tidak terlibat dalam perniagaan berkaitan kerajaan agar tidak dituduh melakukan nepotisme. Mahathir berkata mereka yang menuduhnya melakukan rasuah tidak dapat membuktikan bahawa dia telah mencuri "walaupun satu sen". Ditanya sama ada dia dan anak-anaknya akan bekerjasama dengan SPRM dan mengisytiharkan harta mereka, Mahathir menjawab: “Ya, kita perlu. Ker...
Malaysiakini (Malay)
Seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu awal bulan ini akan dihadapkan ke mahkamah majistret esok untuk didakwa semula. Ini susulan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan sabitan dan hukuman penjara terhadap P Ramasamy selepas mendapati pengakuan bersalahnya sebelum ini tidak jelas kerana tidak memahami sifat dan akibat kesalahan itu. Peguam Rajesh Nagarajan, 66, mengesahkan anak guamnya akan dihadapkan semula ke mahkamah majistret esok. "Ramasamy didakwa semula esok 9 pagi di M...
Malaysiakini (Malay)
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli menegaskan anaknya baru berdepan pertuduhan di mahkamah dan belum disabit bersalah atas sebarang kesalahan jenayah. Mohd Shukri berkata, dia menyerahkan kepada anaknya, Mohd Syafeeq dan peguam untuk mengendalikan proses pendakwaan yang dihadapinya. “Dia belum salah lagi, ini baru pertuduhan, kita tunggu,” katanya ketika ditanya berkenaan anaknya yang dihadapkan ke mahkamah hari ini. “Saya pun belum bercakap dengan dia lagi tapi saya serahkan semuanya pada dia dan peguam dia," katanya lagi seperti dipetik lidah rasmi PAS, Harakahdaily. Hari ini, Mohd Syafe...
Malaysiakini (Malay)
Video dan gambar memaparkan sekumpulan sami Buddha berehat di sebuah masjid di Temanggung di Jawa Tengah, Indonesia pada Ahad lalu tular di media sosial. Kumpulan sami tersebut melakukan ritual thudong, iaitu berjalan kaki ke Candi Borobudur sempena Hari Wesak, dan singgah berehat sebentar di Masjid Baiturrohmah di Bengkal, Temanggung. Pihak masjid yang menyambut kedatangan mereka tidak menyangka video dan gambar tersebut mengundang perhatian ramai. Menurut pengerusi masjid, Fatkhulrohman, 53, berkata kumpulan sami tersebut menulis surat untuk meminta izin berehat di situ. “Saya terus berjumpa...
Malaysiakini (Malay)
Tindakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bertemu pemimpin Hamas bertujuan untuk mengalih perhatian terhadap isu penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, dakwa aktivis politik, Hishamuddin Rais. Malah Hishamuddin mendakwa tindakan Anwar bersalam dan 'memeluk' pemimpin Hamas, Ismael Haniyeh hanyalah sekadar 'wayang' bagi menutup isu perjanjian dengan Global Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah anak syarikat firma pelaburan pro-Israel, Blackrock. "Blackrock jelas ialah (penyokong) zionis dan kita memberikan pelaburan kita (MAHB) kepada zionis. "Jadi, (Anwa...
Malaysiakini (Malay)
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menegaskan belum ada sebarangan perbincangan dibuat mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti tragedi 13 Mei. Dia yang juga menteri pengangkutan bagaimana pun tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu ketika ditanya pendiriannya. “Itu belum dibincangkan lagi,” katanya ringkas pada sidang media selepas lawatan kerja ke Wisma Monorail di Kuala Lumpur, hari ini. Pada 18 Mei lalu Malaysiakini melaporkan sebuah kumpulan yang menyatukan keluarga mangsa tragedi 13 Mei mengulangi gesaan supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat rusuhan kaum yang m...
Malaysiakini (Malay)
Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyatakan rasa kesalnya apabila Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan kumpulan pembantah penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) "tersalah pintu" dalam protes mereka. Bahkan Loke turut menempelak ketua Pemuda Bersatu itu sebagai tidak faham dengan tindakan sendiri walaupun mempunyai status sebagai seorang ahli parlimen. “Sebenarnya mereka salah pintu... kalau nak hantar memorandum, bantahan, tak sepatutnya pergi ke Kementerian Pengangkutan sebab keputusan (penjualan) itu bukan di bawah Kementerian Pengangkutan. "Saya dah nyatakan ...
Malaysiakini (Malay)
To continue enjoying content, please agree to our Terms of Use for Users that includes our collection and use of your browsing data, which is incorporated into our Privacy Policy.